top of page

Pengenalan/Penggunaan Halia

Halia (Zingiber officinale) adalah jenis tanaman umbisi dari keluarga Zingerberaceae. Tanaman halia bukan saja sering digunakan dalam masakan tetapi tumbuhan herba ini juga terkenal sebagai makanan kesihatan. Penanaman halia mempunyai sejarah yang panjang dan dikatakan bermula di China sebelum tersebar ke Asia Tenggara, Afrika Barat dan kepulauan Caribbean.

 

Halia disebut dalam firman Allah Taala, “Dan mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari Zanjabil (Halia).” (Surah Al-Insan: 17). Ia dianggap sebahagian daripada makanan syurga.

 

Masyarakat di China dipercayai telah menggunakan halia dalam amalan perubatan sejak 2,500 tahun lalu. Mereka bergantung kepada khasiat halia untuk mengatasi pelbagai penyakit terutama masalah kesejukan anggota badan terutama di bahagian tangan dan kaki. Gejala itu berpunca daripada gangguan atau masalah pengaliran darah. Khasiat halia dalam merawat pelbagai penyakit bukan saja diketahui menerusi kaedah tradisional malah dibuktikan oleh pakar-pakar perubatan moden. Menurut satu laporan, kandungan aktif dalam halia yang dikenali sebagai gingeroles memberi kesan apabila ia meresap ke dalam badan. Halia kaya dengan kandungan kalium (125 miligram), fosforus (63mg) dan kalsium tenaga (52 kilokalori) selain protein, karbohidrat, gentian, vitamin C dan niasin.

​

Manfaat Halia:

​

Pada zaman pemerintahan Dinasti China, mereka telah mencadangkan penggunaan halia bagi melawan loya, radang, mengurangkan osteoarthritis, membantu mengawal kolestrol dan melegakan kesakitan haid. Halia juga bersifat karminatif (pembuang angin), dan pembunuh kuman jika diamalkan berterusan. Tanaman ini tergolong dalam kategori ubat-­ubatan tradisional Melayu yang dikatakan dapat membantu menghadamkan makanan, menguatkan tenaga batin, menambahkan air mani dan membuang angin yang terdapat di dalam usus kecil dan usus besar.

​

Mengekalkan Peredaran Darah

Halia mengandungi kromium, magnesium dan zink yang boleh membantu untuk memperbaiki aliran darah, serta membantu mengelakkan kesejukan, demam dan peluh berlebihan.

 

Memulihkan Mabuk Dalam Perjalanan/Sesuai Untuk Morning Sickness

Halia adalah penawar yang diketahui berkesan untuk loya yang dikaitkan dengan mabuk. Sebab yang tepat tidak diketahui, tetapi dalam kajian kadet tentera laut, mabuk laut akan berkurangan apabila diberi serbuk halia.

 

Masalah Tekanan Darah Tinggi

Halia, apabila dimakan, mencairkan darah dalam urat, melegakan tisu otot di sekitar urat dan arteri. Oleh itu, halia menurunkan tekanan darah. Dalam kajian meta analisis oleh Hossein Hasani et al. (2019), menunjukkan penggunaan halia 3-gram selama 8 minggu menurunkan bacaan tekanan darah tinggi.

​

Masalah Pernafasan- Asma 

Halia boleh membantu mengurangkan pengecutan saluran pernafasan dan menghalang saluran kalsium plasma membran. Oleh itu, otot saluran pernafasan akan relaks, sekali gus melegakan simptom asma.

 

Mengurangkan tahap kolestrol

Pengambilan sebanyak 1-gram halia sebanyak tiga kali sehari selama 45 hari dapat menurunkan kadar trigliserida dan kolesterol bagi individu dengan kolesterol tinggi sebanyak 10%.

 

Mengurangkan kesakitan ketika haid

Pengambilan halia mampu mengurangkan kesakitan kerana mempunyai kesan kecekapan seperti ubat tahan sakit yang lain seperti mefenamic acid, ibuprofen, and zinc sulfate. Kajian mendapati halia mampu mengurangkan kesakitan semasa awal kedatangan haid. Di mana, pengambilan halia 2 hari sebelum kedatangan haid mampu mengurangkan kesakitan akibat haid.

KHASIAT

  • Mengatasi masalah badan berangin.

  • Menenangkan fikiran.

  • Melegakan loya.

  • Melegakan batuk dan sakit tekak.

  • Bagus untuk migraine.

  • Melegakan selesema.

  • Mengurangkan paras gula dalam darah.

  • Sesuai untuk masalah bau mulut.

​

KOMPOSISI

Krimer tanpa tenusu, susu kambing, serbuk teh, stevia dan ekstrak halia.

​

CARA PENGGUNAAN

  • Buka sachet dan masukan kandungan sachet ke dalam cawan berisi air panas , kacau dan minum.

  • Sesuai diamalkan bersama dengan kapsul kunyit hitam.

Lot 14889B, Jalan Seri Jaya, Kampung Bukit Kapar, Selagor

  • Facebook

©2022 by HAWARI VENTURE.

bottom of page