top of page

Pengenalan/Penggunaan Kunyit Hitam

​

Nama saintifik kunyit hitam ialah Curcuma Caesia, juga dikenali sebagai Kali Haldi, Black Turmeric, Black Zedoary, berasal dari India, dari genus kunyit dan mempunyai daun berjalur ungu kehitaman di bahagian tengah. Tumbuhan ini tumbuh meliar di sebahagian tempat di Malaysia, Thailand, India, dan Indonesia. Amalan penanaman dan penuaian serupa dengan kunyit biasa. Dilaporkan juga tumbuhan kunyit hitam ini ditanam secara meluas di Thailand berbanding di Malaysia.

​

Kunyit hitam, Curcuma caesia Roxb. (keluarga Zingiberaceae) dikategorikan sebagai herba bersifat perennial (mampu bertahan hidup melebihi 2 tahun ke atas), merupakan herba endemik di Timur Laut dan Tengah India.  Di India, ia terdapat di Benggala Barat, Madhya Pradesh, Orissa, Chhattisgarh, dan negeri Uttar Pradesh. Rizom kunyit hitam mempunyai warna kebiruan dan mempunyai ciri aromatik yang kuat dan mengandungi sifat perubatan (Borah, Paw, Gogoi, Loying, & Sarma, 2019). Tumbuhan ini telah digunakan sejak zaman dahulu lagi untuk merawat pelbagai jenis penyakit (Liu, Roy, Nebie, Zhang, & Muraleedharan, 2013). Kunyit hitam mempunyai antioksidan, anti-mikrob dan membantu merawat diabetes jenis-2. Digunakan di Thailand oleh ahli Muay Thai sebagai tonik tenaga dan para atlet menggunakannya untuk membina dan menguatkan otot serta menghilangkan lesu. Kunyit hitam adalah ramuan herba yang ajaib dan mengandungi kandungan kurkumin tertinggi dan ia adalah bahan kimia dengan banyak khasiat untuk merawat pelbagai jenis penyakit

​

Manfaat Kunyit Hitam:

​

Anti-Parasit/Anti-Piretik/Mengawal Gula Dalam Darah

Penduduk suku di India timur laut, di mana kunyit hitam tumbuh secara meluas, menggunakan rizomnya sebagai pembuka selera, antihelmentik (ubat anti-parasit; melawan cacing) dan antipiretik (melawan demam panas).

Penyelidik daripada Malaysia menyetujui pendapat bahawa kunyit hitam mempunyai aktiviti terapi seperti anti-oksidan, antipiretik, antibakteria, larvisida (membunuh larva seperti telur nyamuk), insektisida (membunuh serangga), antimikroba, penyembuhan luka, dan anti-hiperglikemik (mengawal kadar gula dalam darah) melalui ekstrak rizom kunyit hitam (Fatt, Rahman, Aziz, & Isa, 2021).

​

Anti-Bakteria

Menurut penyelidik daripada India, minyak pati kunyit hitam dilaporkan mempunyai anti-bakteria terhadap pelbagai jenis pathogen (Banerjee & Nigam, 1976).

​

Tindak Balas Kolestrol/Keletihan

Kurkumin kunyit hitam dapat mengurangkan keletihan, serta menurunkan kolesterol dan LDL pada warga emas yang mempunyai kesihatan yang baik. Kunyit juga dilaporkan digunakan oleh pengamal yoga, kerana mempunyai manfaat pada ligament (Ravindran, 2017).

​

Mengalirkan Darah/Merawat Ederma

Anggota badan kesejukkan/ (atau fenomena Raynaud) adalah keadaan di mana tangan dan kaki berasa sejuk kerana peredaran darah yang lemah ke bahagian kaki. Secara statistik, terdapat 1 dalam setiap 2 wanita dan 1 daripada setiap 4 lelaki menghidapi anggota badan yang sejuk. Peredaran darah yang sihat adalah penting dalam mengekalkan keadaan badan homeostatik (stabil), (cth. suhu dan pH). Peredaran darah yang lemah ke bahagian bawah badan (pinggul, lutut, dan sendi buku lali, dan paha tulang, dan kaki) mengakibatkan suhu menjadi rendah (sejuk) dikawasan tersebut. Keadaan menjadi lebih teruk jika suhu diluar (badan) sejuk dan menyebabkan vasoconstriction (otot di sekeliling saluran darah anda menjadi sempit; ruang dalam saluran dalam mengecil kecil), lalu menyebabkan bekalan oksigen ke bahagian kaki berkurangan mengakibatkan sensasi yang menyakitkan.

Manakala, Edema adalah keadaan bengkak akibat pengumpulan cecair interstisial di bawah kulit. Perubahan dalam sifat penahan air pada tisu itu sendiri, pengambilan garam yang berlebihan dalam diet adalah punca utama edema. Pelbagai faktor lain termasuk duduk atau berdiri dalam kedudukan yang sama untuk masa yang lama boleh menyumbang kepada edema. Berdasarkan perkara di atas, meningkatkan peredaran darah periferi dan vaskular periferi adalah penting dalam melegakan anggota badan yang sejuk dan edema.

​

Meningkatkan Tenaga dan Kecergasan Fizikal

Polimektoksiflavon yang terdapat dalam kunyit hitam meningkatkan penjanaan tenaga dalam sel dengan cara mengaktifkan protin kinase (AMPK) dalam myoblast atau anak tisu otot. Kemudian ia akan menjana ATP mitokondria untuk badan mendapatkan tenaga, semakin banyak mitrokondria dijana makan semakin banyaklah badan memperolehi tenaga. Satu kajian ke atas 60 orang pemain bola sepak meendapati pengambilan ekstrak halia hitam selama 12 minggu boleh meningkatkan kekuatan genggaman tangan pemain-pemain tersebut. Manakala kajian juga telah dilakukan ke atas para atlet di mana pengambilan makanan bernutrisi boleh mempengaruhi keputusan sesuatu perlawanan dengan mengurangkan kelesuan dan meningkatkan skil taktikal dan fizikal seseorang atlet (Oryza Fat Chemical, n.d).

Tambahan, ekstrak halia hitam/kunyit hitam juga telah terbukti meningkatkan kadar penggunaan tenaga (metabolisme) badan, yang bermanfaat untuk kehilangan lemak dan membantu peningkatan tenaga. Kajian menunjukkan sekurang-kurangnya dua cara bagaimana ia meningkatkan penggunaan tenaga. Kajian oleh (Yoshino, et al., 2014) mengesahkan bahawa ekstrak kunyit/halia hitam meningkatkan penggunaan tenaga dengan mengaktifkan BAT (tisu adipos coklat). BAT, juga dikenali sebagai lemak perang, mengandungi banyak mitokondria, yang merupakan pusat kuasa sel. Lemak perang bertanggungjawab untuk menukar tenaga daripada makanan kepada haba, dan kemudian mengagihkan tenaga yang terhasil ke bahagian badan yang berlainan.

​

Sinergi Terapi Bekam

Penggunaan senna digabungkan dengan perawatan bekam mampu untuk memulihkan tenaga dan rasa lesu selepas dibekam. Ia membekalkan tenaga dan membuatkan individu yang dibekam bertenaga. 

​

​

​

KHASIAT

 • Membantu membina dan menguatkan ototl

 • Membantu dalam menambahkan tenaga batin dan juga  menambah staminal

 • Membantu menambahkan jumlah spermal

 •Hipertensi/darah tinggi/kolestrol.

 • Ulser perut.

 • Resdung/masalah pernafasan.

 • Meningkatkan penyerapan nutrient daripada makanan.

 • Membantu dalam mengurangkan keradangan yang berkaitan dengan gout, alahan/alergi, ulser.

 • Mengandungi Anti oksidan yang tinggi dan membantu menguatkan imuniti badan.

 • Membantu mengawal gula dalam darah dan meningkatkan peredaran darah.

 • Membantu dalam mengimbangi tahap hormon dan mengawal haid.

 • Membantu mengurangkan risiko sakit otot, sakit kepala dan perut.

​

KOMPOSISI

 Kopi Kunyit Hitam: Krimer tanpa tenusu, gula perang, kopi arabika, ekstrak kunyit hitam (25g)

 Kapsul Kunyit Hitam: 400 mg Curcuma Caesia

​

CARA PENGGUNAAN

  • Kopi Kunyit Hitam

       Buka sachet dan masukan kandungan sachet ke dalam cawan berisi air panas , kacau dan minum.                 Digalakan minum 1-2 sachet sehari.

​

  • Kapsul Kunyit Hitam

       Ambil 1 biji bagi proses pencegahan/manfaat bagi mereka yang sihat (digalakan sebelum tidur). 1                 atau  2 biji bagi mereka yang ada penyakit tetapi belum di tahap serius. 1 biji malam atau 1 biji siang,           atau 2 biji serentak.

       2 biji-3 biji (ikut kesesuaian tubuh), terutama mereka yang mempunyai penyakit serius.

Lot 14889B, Jalan Seri Jaya, Kampung Bukit Kapar, Selagor

  • Facebook

©2022 by HAWARI VENTURE.

bottom of page