Pengenalan/Penggunaan Senna
​
Senna Mecca, istilah Bahasa Melayu dikenali sebagai daun Jati Cina banyak digunakan untuk pelbagai faedahnya. Secara saintifik, ia dikenali sebagai Cassia Angustifolia, dan tergolong dalam keluarga Leguminosae. Senna, adalah genus besar tumbuhan berbunga dalam keluarga kekacang (legume atau fabaceae) (Fabaceae (kekacang), sub-keluarga Caesalpinioideae, suku Cassieae). Senna keluaran HAWARI ialah daripada jenis Alexandrina.
​
Senna merupakan daun herba yang mempunyai nilai-nilai perubatan yang tinggi bagi masyrakat Arab sejak kurun ke-9. Sanna digunakan untuk mencuci system usus kecil dan besar dari kotoran dan lemak, serta membuang toksin dalam perut melalui sistem pelawasan. Kegunaan Senna telah dicatat didalam kitab perubatan India, Ayurveda, dikenali sebagai “Swarnapatri” dan perubatan tradisional Cina memanggilnya sebagai “Fan Xie Yie”.
​
Manfaat Sanna:
​
Sihir
Senna berupaya dalam merawat masalah sihir, sehinggakan mereka yang ada masalah gangguan boleh termuntah, pening-pening dan rasa berat untuk minum herba sanna. Menurut, Dr. Abu'l-Mundhir Khaleel ibn Ibraaheem Ameen, jika bahan yang digunakan untuk ilmu sihir masih di dalam badan, percubaan perlu dilakukan untuk menghilangkan ia, sama ada dengan muntah-muntah, jika boleh, atau jika pesakit tidak boleh berbuat demikian, beliau perlu diberikan minuman senna. Ramai daripada mereka yang telah ditimpakan dengan ilmu sihir telah mencuba dan ia telah memberikan manfaat yang besar dengan izin Allah subhanahu wata'ala.
​
Khasiat Lain:
​
Senna dianggap sebagai pencuci perut dan tidak berbahaya. Ia berfungsi secara langsung di kolon. Ia adalah pencuci perut yang berkesan dan adalah ubat yang baik dengan tiada kesan sampingan yang teruk, seimbang dan kering. Kesan yang baik terhadap depresi, retak di kaki, ketegangan pada otot, membaiki rambut, kutu, kudis dan gatal-gatal. Salah satu ciri-ciri senna adalah bahawa ia membuang hempedu hitam dan kahak dan menguatkan jantung. Ia juga berguna dalam kes sakit kepala kronik dan epilepsi, menghilangkan buasir dan ia berguna dalam kes sembelit sebagai pelembut najis dan julap. Terdapat hampir tidak ada pelembut najis atau pelawas di farmasi yang tidak mengandungi senna. Tidak ada keraguan bahawa senna adalah salah satu pelembut najis yang berkesan (Al-Senna wa'l-Sanoot oleh Dr. Muhammad 'Ali al-Baar.)
​
Sinergi Terapi Bekam
Penggunaan senna digabungkan dengan perawatan bekam mampu merawat penyakit yang dialami oleh seseorang. Dalam kajian yang dilakukan oleh penyelidik Islam daripada Mesir dan Arab Saudi (Nasrat, Am Nasrat, Nasrat, & Nasrat, 2015), mendapati sinergi berbekam dan penggunaan senna membantu merawat masalah kulit seperti psoriasis, ekzema idiopatik dan dermatitis atopic disebabkan masalah bakteria Helicobacter pylori dyspepsia.
​
Senna mempunyai agen anti-bakteria, membersihkan bakteria Helicobacter pylori dari usus besar serta mengeluarkan toksin yang terkumpul daripada tubuh badan. Terapi bekam darah pula merawat menghilangkan perantara toksin yang ada dalam tisu dan dalam peredaran darah dan membantu memperbaiki sistem imuniti (daya tahan badan) yang terganggu.
​
KHASIAT
-
Buang lemak tepu degil dan kolesterol dalam tubuh.
-
Melawaskan sistem pembuangan.
-
Meningkatkan penyerapan nutrient daripada makanan.
-
Sesuai untuk sembelit.
-
Mengurangkan migraine.
-
Ikhtiar hamil dengan mencuci rahim daripada toksin, racun yang tidak diperlukan badan.
-
Melancarkan peredaran darah.
-
Mengawal darah tinggi.
-
Sesuai untuk kencing manis (diabetes).
-
Membunuh cacing dan menguatkan imuniti badan.
​
KOMPOSISI
Daun teh & daun senna.
​
CARA PENGGUNAAN
-
Amalkan minum 1 uncang untuk 3 kali seminggu. Untuk kesan maksima (ikut kesesuaian) boleh amalkan 2- 3 uncang satu cawan. Disyorkan minum sebelum tidur waktu malam atau awal pagi. Proses pelawasan akan berlaku (6-12 jam). Sila minum selepas makan jika ada masalah perut kembung.
-
​Tidak disarankan bagi ibu mengandung & ibu menyusukan anak dan kanak-kanak bawah 12 tahun.